-
Tersungkur Di Pintu Syurga Pdf카테고리 없음 2020. 2. 27. 02:10
MOHON DENGAN SEGALA HORMATNYA UNTUK ORANG - ORANG MERBOK MENDAFTAR DIRI SEBAGAI PEMILIH BAGI DUN (Tanjung Dawai) - (Bukit Selambau) & PARLIMEN (Merbok). Note: kalau kita semangat sembang saja, berkempen kat kedai kopi, pacak bendera siang malam. Bersengkang mata berkempen, siang malam pelekat poster tapi tak daftar mengundi.karut la macam ni wei. Cara: bawak i/c hangpa pi pejabat pos merbok (atau mana-mana pejabat pos di kawasan merbok). Pastu bagitau kat kaunter nak daftar mengundi/ daftar pemilih. 5 minit siap.
Penubuhan PAS secara rasminya ialah pada 24 November 1951. Mulai daripada tarikh tersebut, PAS telah mula berjuang sebagai sebuah parti politik alternatif kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Melaya (PKMM). Sokongan rakyat kepada perjuangan PAS telah teruji melalui pilihan raya umum pertama pada tahun 1955. Dalam pilihanraya yang melibatkan 52 kerusi, PAS telah berjaya memenangi 1 kerusi di Perak. Dalam pilihanraya kedua, pada tahun 1959, PAS telah mencapai kemenangan yang besar, iaitu dengan kejayaan membentuk kerajaan di Kelantan dan Terengganu.
Walau bagaimanapun, kerajaan PAS di Terengganu telah ditumbangkan memimpin Kelantan sehingga tahun 1977.Tahun 1969 adalah satu tahun penting dalam sejarah Malaysia. Parti Perikatan telah mengalami kekalahan yang teruk sehingga mengakibatkan meletusnya Tragedi 13 Mei. Selepas Tragedi ini, untuk kepentingan negara, PAS telah bersama-sama membentuk kerajaan campuran di semua peringkat dengan Perikatan. Beberapa pemimpin PAS telah dilantik menjadi Menteri Kabinet. Pada tahun 1974, PAS telah menjadi ahli gabungan Barisan Nasional. Dalam pilihanraya yang diadakan pada tahun tersebut, calon-calon PAS telah bertanding diseluruh negara dan mencapai kejayaan yang besar.Penglibatan PAS dalam Barisan Nasional berakhir berikutan terjadinya krisis di Kelantan pada tahun 1977. Sejak daripada tahun tersebut, PAS telah melalui perubahan besar, akibat daripada penyertaan golongan muda seperti Ustaz Fadhil Mohd Nor dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Haji Awang.
Berikutan dengan krisis yang dialami oleh UMNO, pada tahun 1987, yang mengakibatkan tertubuhnya Parti Melayu Semangat 46, PAS telah bersama- sama menubuhkan satu pakatan politik yang dikenali sebagai Angkatan Perpaduan Ummah. Melalui pakatan ini, PAS telah berjaya sekali lagi memenangi kerajaan Kelantan pada tahun 1990. Kerajaan Kelantan berjaya dipertahankan sekali lagi dalam pilihanraya 1995. Pada tahun 2004, pilihanraya ke-11, PAS telah bergabung dengan pakatan pembangkang lain -Parti Keadilan Nasional, DAP dan PRM dengan menubuhkan Barisan Alternatif. Sokongan dan penerimaan rakyat agak luar biasa, namun kerajaan persekutuan tetap milik Barisan Nasional. Pada tahun 2008, pilihanraya ke-12, di langsungkan. Pakatan pembangkang menubuhkan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP.
Kejayaan terbesar dalam sejarah pembangkang malaysia di mana Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Kedah,Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan serta mengekalkan kuasa di Kelantan. Pilihanraya ke-13? Kita tentukan. PARTI lslam Se-Malaysia atau ringkasnya disebut PAS adalah sebuah parti politik yang diluluskan pendaftarannya pada 31hb. Mei 1955 dengan Registration No. 733 (Penang).
Pada awalnya ia didaftarkan atas nama Persatuan lslam Se-Malaya dengan rujukan kelulusan pendaftarannya 34 in R. (dipercayai beralamat dan bernombor di rumah asal Hj. Ahmad Badawi).
Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.Dengan itu, dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar. Bagi mencapai tujuan atau matlamat perjuangan tersebut, usaha-usaha yang dilakukan oleh PAS termasuklah: 1. Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah Rasulullah melalui dakwah, sama ada secara lisan, tulisan mahupun amalan. Memperjuangkn lslam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke-lslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan. Memupuk dan memperkuatkan ukhwah lslamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup lslam. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara untuk membela kepentingan umat lslam dan rakyat seluruhnya.
Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.
Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran lslam. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat lslam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu serta badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia. Melakukan apa-apa juga usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.
Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta ljmak dan Qias yang terang dan nyata. Dengan tertakluk kepada hukum tertinggi tersebut, segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar.Akan tetapi Muktamar itu sendiri tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung dalam Perlembagaan PAS dan aturan peraturan Muktamar atau Mesyuarat PAS. Tindakan kerajaan British mengisytiharkan kertas putih mengenai rancangan Malayan Union pada 22 Januari 1946, yang bertujuan menjadikan Negara ini tanah jajahan takluknya, manakala kuasa Raja- Raja tempatan, menyebabkan orang Melayu sangat marah.Satu kongres tergempar diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 untuk mencari jalan menentang rancangan tersebut. Kongres ini dihadiri wakil dari 41 pertubuhan Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan dalam kongres ini juga telah dicadangkan ditubuhkan satu pertubuhan Melayu dengan tujuan menyatupadukan orang Melayu.( pertubuhan melayu lain tidak disebut dalam sejarah UMNO)Selepas kongres ini, dua lagi kongres diadakan iaitu pada 30 dan 31 Mac 1946 bertempat di Pejabat Akhbar Majlis di Kuala Lumpur dan hari kedua di Rumah Persatuan Penang Peranakan Batu Road, Kuala Lumpur. Kemudian diadakan lagi kongres ketiga di Istana besar Johor Bahru pada 11 dan 12 Mei 1946. Dalam kongres ini dengan secara rasmi UMNO ditubuhkan.(tidak di sebut nama penulis/akhbar tersohor yang menjadi gerakan awal menuntut merdeka)Pada mulanya UMNO dicadangkan Oleh Dato’ Onn Jaafar dengan nama “Pertubuhan Melayu bersatu” atau United Malays Organization”. Bagaimanapun Tuan Za’aba mencadangkan supaya ditambah perkataan “kebangsaan” atau “national” selepas perkataan “pertubuhan”.
Akhirnya kongres bersetuju untuk menamakan “Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu” (PEKEMBAR) atau “United Malays National Organization” (UMNO).(nama petubuhan melayu tetapi menggunakan singkatan inggeris???). Setelah UMNO dilahirkan maka perjuangan menentang Melayan Union habis-habisan dijalankan oleh orang-orang Melayu. Dalam tempoh dua (2) tahun sahaja Malayan Union dapat dihapuskan, kemudian digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang diisytiharkan secara rasminya pada 1 Februari 1948.(nama pahlawan melayu asli lain langsung tidak di sebut)Walau Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan dan Raja-Raja Melayu dikembalikan kuasa di negeri masing-masing,tetapi penjajahan British masih berkuasa dalam pentadbiran dan berkuasa membongkar sagala hasil kekayaan yang ada di dalam Negara ini.
Sementara orang-orang Melayu diketepikan tanpa mendapat apa-apa pembelaan.(setiap negeri ada penentangan dari pemimpin setempat)Bagi membebaskan orang Melayu dari cengkaman penjajahan ini, maka kemerdekaan bagi Negara ini harus diperjuangkan. Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan.
Buku Tersungkur Di Pintu Syurga
Setiap kita di dunia ini tidak mahu memilih jalan yang derita. Hakikatnya tanpa usaha keajaiban tidak akan berlaku. Kita jangan selalu mengharapkerana mengharap tidak pasti tertunai. Tetapi kita boleh bersabarkerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan. Jangan menangis kerana gagal dalam cinta.sebab manusia akan meninggalkan apa yang dicinta. Keinsafan bukan mudah untuk ditatang, tapi jelas diulang-ulang.
Sesungguhnya lidah itu lebih berbisa dari segala senjata. Jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya. Zaman berubah tetapi dendam manusia tidak pernah berubah. Lelaki yang gagah mustahil tidak pernah menangis.
Tetapi percintaan yang akan menyebabkan mereka menangis. Nilai persahabatan diukur dengan kejujuran bukan kebendaan. Jadilah ubi yang bertutup rapat, bukannya kek yang berkrim tetapi diharungi lalat. Kedewasaan tidak menghalang apa yang diinginkan oleh setiap insan. Manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu.
Tidak dapat bebas dengan sempurna kecuali tali itu putus; barulah ia bebas melayang. Berserban dan berjubah bukan tiket untuk ke syurga. Begitu juga berseluar jeans dan berT-shirt bukanlah tiket ke neraka. Berjanggut bukanlah bukti memahami perjuangan. Tidak berjanggut pula bukanlah bukti tidak memahami perjuangan.
Lulusan universiti Timur Tengah bukanlah indikator memahami Islam. Begitu jugalah lulusan universiti Barat bukan indikator kepada kejahilan. Fasih berbahasa Arab bukan bererti memahami isi kandungan al-Quran. Gagal menguasai bahasa Arab pula bukan bererti gagal memahami petunjuk al-Quran. Lama di dalam jemaah bukan bererti memahami perjuangan. Setahun jagung dalam jemaah bukan juga bererti buta perjuangan. Apa yang penting adalah ilmu yang diamalkan.
Ilmu bukan terletak pada jubah yang labuh atau serban yang besar tetapi ilmu adalah apa yang diamalkan atas keikhlasan hati budi yang tulus dan murni. 40 tahun berada di dalam PAS sebagai pemerhati dan pengulas tidak rasmi adalah jauh lebih hina berbanding anak muda setahun jagung yang bertungkus lumus berjuang mempertahankan PAS walau hanya dengan berseluar jeans. Ilmu menghasilkan amal.
University Of Malaya
Amal membuahkan iman. Iman menatijahkan taqwa. Taqwa melayakkan kita ke syurga Allah swt.